Labels
About Me
- ninda
- Primadona
Thursday, June 14, 2007
Adakah badai pasti berlalu????
Dia mengirim SMS meminta maaf....Ninda memang dah lama memaafkannya tetapi payah untuk melupakan segala-galanya. Acapkali mahu melihat atau bercakap dengannya lidah ninda agak kelu, lebih selesa rasanya kalau berSMS sahaja. Teringatlah semua ucapan, kritikan, jeritan yang dilemparkannya kpd ninda, sehinggakan anak-anak mengadu kepada ibu ninda. Anak lelaki ninda juga bertanya kenapa kami bergaduh sampai begitu sekali, sayu dan terharu hati ninda mendengar soalannya, lantas ninda hanya tersenyum dan tidak berkata-kata. Agaknya anak-anak juga terasa bingung dan keliru melihat ninda dan dia bercakaran. Sehingga kini, mungkin trauma yang ninda hadapi berturut-turut membuat hati ini terasa cukup bungkam terhadapnya. Ninda tahu keadaan tidak akan berubah, mungkin pada dia semua dah OK, tetapi untuk ninda rasa benar-benar happy dan kembali kepada asal memang mustahil. I feel that what I did was right but he has made me feel so guilty that I juz felt so empty and emotionally drained in the inside. So ninda hanya isikan masa dengan kerje-kerje, membaca novel dan amore, agar tidak akan memikirkan soal kekecewaan ini. But something good has emerge from this, ninda tak menitiskan air mata lagi, kerana ninda dah tak ada any expectation from him, maka apa nak jadi, jadilah. Never know, situasi cool off ini buat sementara sahaja, dia mungkin akan menjerit lagi dan melemparkan negative remarks at me in the future. Tapi ninda dah lalilah so rumusannya badai pasti berlalu tetapi gelora akan kemungkinan melanda bila-bila masa. Namun ninda bersedia menghadapinya dan menganggapnya sebagai rutin. Biarlah kesibukan kerje, mengejar appointment dan aktiviti seharian ninda dengan anak-anak dan my parents serta membaca dapat menepiskan pemikiran tentang kesengsaraan emosi hidup ninda.........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment