
Hai blog, sudah agak seminggu ninda baru balik dari kampung. Seronok jugak dapat jumpe saudara-saudara yang berada jauh dmata. Ramai juge anak buah ninda yang dah besar ataupun dewasa. Suasana kampung telah dapat dirasai oleh anak-anak ninda dan mereka cukup terhibur ketika dsana. Anak lelaki ninda pelihara anak ayam dsana selain dapat kejar kambing dan naik motor keliling kampung. Kami juge sempat berehat di resort dan kemudian keKL melalui highway yang cukup berbeza drpd highway Selatan-Utara yang selalu kami lalui. Namun diKL selepas ke Bukit Tinggi ninda jatuh sakit dan tak dapat bergerak banyak. Meskipun demikian ninda sempat bersenam diresort dan di hotel diKL. Akhir sekali ninda telah perhatikan yang dia dan keluarga ninda sudah semakin rapat kerana percutian kami bersama ini. Dalam pada itu ayah dan ibu ninda juga bahagia kerana sempat bercuti dgn cucu-cucu kesayangan mereka kali ini.
No comments:
Post a Comment