Friday, December 01, 2006

Hati yg sedih pabila ingin balik kampung


Hai blog, memang dah lama ninda tidak menulis. Kini ninda rasa perlu untuk mencatatkan sesuatu yang terpendam dalam hati ini. Waktu ni ninda sedang menitiskan air mata mengenangkan layanan yang diberikan oleh dia. Sepatutnya ninda happy kerana dapat juga balik kampung setelah sekian lama tidak mengunjungi kampung halaman dan menemui saudara-mara yang jauh. Tetapi perasaan ninda terguris lagi kerana dia menengking ninda dan melantangkan suara, hanya kerana perkara yang agak kecil. Ninda hanya mahu mengingatkan tetapi ditegur begitu sekali depan anak. Masakan anak ninda juga kini dah pandai meninggikan suaranya mungkin kerana mengikut jejak langkah dialah. Ya, memang sejak semalam ninda dah mula terasa yang dia sebenarnya tidak gemar balik kampung apatah lagi dengan famili ninda juga. Mungkin dia terasa tertekan atau hanya mahu sedapkan hati ninda sahaja maka apa yang ninda suruh dia buat menjelang perjalanan kami ke sana, dia lakukan dengan tidak seikhlas hati. Memang dia tidak tahu meminta maaf atau memujuk hati yang luka ini. Memang dia tidak tahu menjaga hati ninda ini. Memang dia seperti ayah ninda! Akan ninda lakukan apa yang terdaya untuk menenangkan hati ninda malam ini. Akan ninda hiburkan hati ini dengan apa yang ninda rasa dapat menggembirakan jiwa ini. Namun sekarang ninda akan meluahkan sahaja perasaan yang terluka ini...Bye blog....kita akan bertemu lagi di lain masa.....

No comments: