Saturday, November 10, 2007

Hak ninda untuk mencari kebahagian


Jumpa lagi blog, pagi tadi, lebih kurang jam 1 pagi, ninda telah ditampar di pipi kanan oleh dia. Tersentak dan cukup hiba hati ninda mengenangkan keadaan ninda pada waktu itu. Niinda dlm keadaan yang cukup sakit, lebih tepat lagi sakit pinggang, mungkin kerana ninda tidak bersenam dgn betul, ataupun mungkin tidur malam semalamnya kurang enak kerana berkongsi katil, ditambah dengan duduk yang agak lama memeriksa kertas. Ninda hanya mahu dia menunjukkan keprihatinanya, namun sepakan yang ninda dapat. Oleh itu, tindakannya kali ini melampau sangat, dan ninda berjanji yang ninda tidak akan kembali kepada dia sepenuh hati, ninda dah cukup tawar hati dgn dia, ninda ada hak untuk mencari kebahagiaan, dia tidak layak menjadi suami ninda, dia kejam dan tidak berperikemanusiaan. Novel ninda pun dicampakkannya, adakah ini perbuatan seseorang yang dikatakan mempunyai pengangan agama yang kuat!!!!. Sebenarnya, label agamanya telah membuatnya cukup ego, lupa diri dan tidak berhati perut. Ye memang, inilah peluang terakhir, ninda tidak akan berdiam diri, ninda mahu dia lepaskan ninda dari penderitaan ini, ninda dambakan, impikan dan mimpikan kebahagiaan yang hakiki, memang cabarannya cukup kuat, kerana anak2 ninda terpaksa mengahrungi ini semua, tetapi satu hari nanti ninda akan bebas dan gembira.....Insyallah......

No comments: