Hai blog, sememangnya ninda ingin meluahkan segala-galanya. Ninda dah cuba tetapi tak boleh, ninda yang berusaha memahami, mendekati dan melayaninya seperti dahulu, tetapi masih gagal. Dia tidak mahu berbuka di rumah ibu bapa ninda. Terguris hati ini, kecil hati ninda ini, ini pasti fahamannya itu. Ninda dapat rasakan dia telahpun berada jauh, ninda tak dapat gambarkan tetapi mungkin kalau ninda tanyakan dia sama ada akan memilih ninda ataupun fahaman agamanya itu, dia akan memilih label agamanya. Fahamannya yang terlalu inclusive tidak universal ataupun appealing tu membuat ninda rimas sekali. Yelah dia juga telah berubah dari segi pegangan, penampilan dan pemakaian sehingga ninda tidak mengenali dia lagi. Idealoginya cukup menaksubkan sehinggakan uztaz dia pun tidak diiktiraf MUIS, yelah dia juga suka mengkritik fahaman syiah, sufi mahupun lain-lain yang tidak seiring dgn fahamannya itu. Ninda cukup benci dgn reaksinya yang cukup tidak menghormati golongan Muslim yg lain. Dia juga nampaknya mampu membelakangkan saudara-mara, keluarga dan lain-lain semata-mata fahamannya. NInda cukup rindu dgn dia yang dahulu...tak dapat ninda gambarkan kerinduan tersebut. Dia dah tak peduli emosi ninda, keinginan ninda mahupun kesihatan ninda, hanya anak-anak yang menjadi penglipur lara. Memang fahamannya itu cukup kuat sehingga ninda tak dapat mempengaruhinya lagi. Adakah ninda gagal menjadi pasangan yang baik???? Apataknye, tahlil tak boleh, dengar muzik mahupun nyanyian tak boleh, meraikan hari-hari bahagia tak boleh, macam-macam lagi lah. Secara rasionalnya, kalau kita tidak melakukan ini semua secara keterlaluan sehingga melalaikanlah yang akan menjadikannya haram. Ajarannya yang pelik juga dia boleh terima, tak perlu niat waktu solat fardhu mahupun puasa, boleh solat waktu matahari dah terbit, masih boleh makan selepas waktu imsak, makan dan minum tak batalkan solat dan macam-macamlagilah. Dia juga sudah terlalu keras dgn anak-anak yang masih kecil, suruh solat, terawih dan puasa penuh. Apa nie??? Ninda dapat rasakan yg tindakannya itu membuat anak-anak dipaksa, kan Islam adalah agama yang tidak memaksakan penganut itu, kan Islam mengharuskan penganut menggunakan akal yang rasional bagi membuat pertimbangan??? kalau tidak mengapa tuhan memberikan kita akal. Walau apapun ninda akan cuba menenangkan diri, berdoa supaya satu hari nanti dia akan kembali, yelah pulang ke identitinya yang asal, manakala ninda akan usaha melindungi anak-anak ninda, mereka adalah harapan ninda, tempat ninda meraih kesejahteraan serta kebahagian yang hakiki.............
Labels
About Me
- ninda
- Primadona
Friday, September 28, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment