
Hai blog, gunung berapi meledak lagi smlm. Ninda tidak berapa sedih tetapi lebih geram, kecewa dan marah. Meskipun berkali-kali ninda meminta maaf, dia masih dgn keegoan dia, menengking dan meninggikan suara depan kedua-dua anak kami dan pembantu. Tiada rasa kesal ataupun malu, malah dia masih merasakan dia berpihak kepada yg benar. Sememangnya ninda tidak boleh tahan maka ninda pun apa lagi, meninggikan suara ninda juga kerana ninda rasa ninda tidak perlu lagi mengalah dan berselindung serta harus mempertahankan maruah ninda kerana tidak merasakan yang ninda ini dihormati langsung. Yang pasti sudah banyak kali dia menggugut untuk berbuat apa saja yang ninda suka kerana dia sudah tidak ambil kisah, nah sekarang ninda akan melakukannya, ninda tak perlukan dia dan ninda akan buat apa sahaja agar ninda bahagia. Ironinya dia akan menjalani kursus kaunselling tetapi dia langsung tidak memiliki kemahiran kaunselor yang sebenar iaitu dia sendiri mengikut perasaan, mudah buat dakwaan dan tidak mahu mendengar penjelasan orang lain meskipun ninda sudah berkali-kali menerangkan duduk perkara dan meminta maaf. Keegoannya cukup terserlah kerana dia rasa dia tidak bersalah dia cara jawapannya itu setelah ninda bertanya dan kemudian itu menjerit-jeritkan suara. Adakah ini dikatakan orang yang kononnya banyak menuntut pengetahuan agama? Apa gunanya cuba memenuhi amalan agama di dada sedangkan dia sendiri tidak memiliki kesabaran seandainya tuduhan terhadap cara jawapannya kepada orang lain itu dicabar. Sudahlah tu, nak kaunselling tetapi rumahtangga sendiri tidak dapat dirukunkan. Bila ninda tanya anak ninda, dia mengaku tidak memahami apa yang dia jelaskan. Maka kesimpulannya, dia gagal menjadi penasihat di rumah ini, ninda terpaksa menerangkan dgn lembut dan pada masa memberikan alasan simpel tetapi ada kaitan keagamaan dan ternyata anak ninda akui dan terasa gembira kerana diberi pilihan yang lebih banyak untuk menyertai CCA lain, selain ballet. Smlm ninda rasa puas kerana ninda tidak terasa sedikit pun bersalah dan kini ninda lebih berani menempuhi segalanya. Insyaallah!!!
No comments:
Post a Comment