
Ya sekali lagi terjadi, ninda dah cukup jemu tak boleh luahkan pendapat dikritik kemudian tu prasangka pulak tu. Apa gunanya sebumbung kalau tak boleh luahkan pendapat. Tak mengapa kan ninda mencatatkan saja di sini. Memang benar A saja yang tahu isi hati ini, lebih baik cakap saja dengan A kan ninda usahakan... A saja yang faham, semoga A kan memberkati segala yang ninda alami kerana ninda redha dan sanggup menerima segala cabaran. Dalam pada itu, ninda akan terus mencari kebahagiaan, ketenangan dan kedamaian. Apa lagi dia semakin tidak sensitif, tidak menghargai ninda suka mengkritik orang lain, semua orang salah, memang mindanya seolah-olah diracuni, apa gunanya dengar syarahan, pergi kelas agama, beli buku agama tetapi hati masih keras dan tidak terbuka dengan pandangan orang lain pulak tu dari diri ninda ni. Biarlah ninda akan teruskan perjuangan sendiri memang betul kata orang, kite mesti sayangkan diri ni sebelum menyayangi orang lain ini termasuk dialah...Memang menghairankan dia kata masih luv u tapi sebenarnya dia not in luv with ninda, dia confuse agak. Lagipun dia tak kata terus terang pada ninda cuma SMS, memang tiada ertinya, yelah ninda tidak akan mengalah terus dapatkan keredaan A untuk melalui dugaan ini...Memang rindu dia ketika dia belum berubah dulu, masih ingat tiap kali kelua, sambut hari-hari istimewa, sekurang-kurangnya ade spark in the relationship, now hopeless, nasib baik juge ade zuriat ninda yang boleh menghiburkan di kala rasa hiba ini.........
No comments:
Post a Comment