Wednesday, October 11, 2006

Nampaknya dah damai sedikit hati ini


Ninda dan dia semalam berdamai, dia membelai ninda dan cuba menenangkan hati ninda. Ninda terdesak untuk menyerah sahaja, sememangnya ninda tetap sayangkan dia, cuma payah untuk melenyapkan hati yang mudah terluka. Ya kekadang ninda rasa kekosongan kerana secara emosi daripada dahulu ninda tidak pernah mengadu kpd sesiap pun biarpun keluarga sendiri, jadi bila dia melayani sebegitu kasar maka ninda rasa perlu melindungi hati ini maka ninda rela berdiam sahaja demi mencari kebahagian sendirian dan mengadu sahaja kpd A...yang maha kuasa dan yang maha mengetahui rintihan hati ini. Entah kalau ini sekali lagi hanya keadaan yang sementara sebelum kekalutan terjadi lagi, seperti biasa, tetapi ninda tak kisah dah agak lali, ninda boleh cari ikhtiar lain dan tidaklah bergantung sangat dengan dia. Lagipun pria memang begitu berbeza dengan setiap wanita, kekadang tak sama channel, ninda cuba bersikap terbuka dan stay positif, entahlah dia dah berubah tidak, kita sama-sama lihat ya.....

No comments: